+Follow MeDashboard
ƒond oƒ κindnɛss;
Assalamualaikum

Welcome awesomeness. I just share random stories. Thanks for taking time to here.

MerapuMeraban
Siapa Aku?
links


Be talkative;



Credits;


Template is 100% made by Aulia Septiya
Inspiration: Ziera Sharplet
Helped: colour; picture;
All rights reserved ® Aulia Septiya 2011-2012.
Best view in Google Chrome


Aku Insan Yang Berdosa.
Sunday, November 11, 2012 // 0 narnian
Aku termenung ke luar jendela. Memikirkan nasib yang menimpa diri menambahkan lagi kekusutan dalam minda. Deringan telefon tak kujawab. Amarah diri menguasai segala. Tanpa disedari, telefonn itu kubaling ke dinding, Puas ! Hanya membingitkan sahaja telinga ini. Terkenangkan peristiwa beberapa hari lepas  . .


Kuamati wanita yang jelas kukenali sedang bermesra dengan seorang lelaki yang tidak kukenali. Hatiku sakit bercampur baran. Sungguh aku tidak sangka dia sanggup berlaku curang. Selama ini, kasih sayang yang kucurahkan tidak cukupkah? Lantasku membuka langkah seribu meninggalkan tempat itu, Aku tidak keruan melihat drama romantis itu terus         berlarutan dihadapanku.


Kedengaran pintu hotel diketuk perlahan. Tidak ku berpaling mahupun menyahut kerana kutahu itulah insan yang telah memecahbelah bahagikan hati ini. Mahligai yang dibina tidak kurang dua tahun ini hanya mampu bertahan setakat ini sahaja. Salam dihulur tidak kusambut. Kepalaku giat memutarkan pita kecurangannya didalam kotak memori ini. Dia bertanya sama ada aku sihat ataupun tidak namun kutidak menyahut. Mukanya mempamerkan seribu satu kerisauan. Argh ! Semua ini hanya lakonan, getus hatiku. Tatkala tangannya mahu menyentuh dahiku, aku menepis dengan kuat. Jelas amarahku sudah mencecah tahap maksima. Aku menengking dan mencacinya. Perempuan murahan, sebaris perkataan itu telah membuatkan air matanya mengalir deras. Kerana ego yang menguasai diri, aku lantas menampar pipi gebunya. Sungguh aku tidak berniat berbuat demikian ! Itulah akibantnya jika emosi berlandaskan syaitan. Aku segera keluar dari bilik itu dan melangkah laju ke lapangan terbang. Kulihat dia mengejarku dari belakang. Pergilah engkau wahai perempuan, aku sudah tidak mahu melihat dirimu ! Jeritku padanyaa . Dia terpaku. Dia menangis teresak-esak. Aku tidak berpaling padanya dan meneruskan langkahku. Boom ! 

Dentuman kuat mengejutkan aku. Aku berpaling. Melihat sekujur badan bermandikan darah merah itu, aku lari mendapatkannya. Aku menangis. Ya Allah ! Selamatkanlah isteriku ini !
Sebelum dia menghembuskan nafas, dia sempat memberiku sepucuk surat. Katanyaa ini surat khas untukku. Di saat dia mengucap dua kalimah syahadah, aku sudah menangis terkulai layu. Matanya kupejam rapat. Wahai isteriku, selamat tinggal  . . . 


Dua hari selepas itu . . 



Aku membuka surat yang diutuskan arwah isteriku ini. Hampir terjelupuk aku ke lantai apabila membacanya. Ya Allah ! Ampunilah dosa hambamu ini. Air mataku deras mengalir. Tidak dapat kutahun walau setitis. Surat itu bertinta :




Kepada suamiku tercinta,

Sayang mohon maaf kepada abang kerana telah membuatkan abang menjauhkan diri daripada sayang. Sungguh sayang tidak tahu di mana punca kesalahan sayang. Siang malam sayang menunggu abang menegur sayang tetapi abang tidak mempedulikan sayang. Pandang muka pun tidak . Sayang sedih tetapi sayang berfikiran abang hanya penat bekerja. Biarlahh, suamiku keletihan, duga sayang. Abang, sayang ingin mohon maaf kepada abang kerana pada tempoh hari , saya tidak meminta izin abang untuk berjumpa adik sayang. . 


"Adik?", kataku lantas meneruskan bacaan.


Adik sayang memaklumkan bahawa ujian pregnancy tempoh hari menunjukkan tanda positif ! We're gonna have a baby ! Sayang sebenarnya ingin memaklumkan kepada abang tetapi abang sibuk dengan jadual kerja yang padat. Tak apa laa, di sini sayang sudah menceritakan segalanya ! Harap abang memaafkan kesalahan sayang. 


                                                                                 Daripada :
                                                                                   Isteri tercinta


Aku menangis sekuat hati. Jikalau masa boleh berputar kembali, tidakku bertindak melulu. Ya ALLAH, aku sayang isteriku !